YouTube dan Shopee mengumumkan kerjasama untuk menawarkan perkhidmatan beli-belah dalam talian. Melalui kerjasama ini, fungsi jual-beli akan diingtergrasikan secara terus di YouTube sekaligus membolehkan pengguna membuat pembelian melalui Shopee.
Untuk permulaan, fungsi ini hanya akan tersedia di Indonesia sahaja sebelum diperluaskan ke negara Asia Tenggara lain seperti Thailand dan Vietnam. Melalui kerjasama ini, YouTube dan Shopee akan bersaing dengan platform e-dagang dari China iaitu TikTok.
Penawaran perkhidmatan ini membolehkan pencipta kandungan mengintergrasikan pautan pembelian pada video mereka sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pembelian tanpa perlu melakukan carian atau sebagainya.
Selain Shopee, YouTube dijangka akan mengumumkan lebih banyak kerjasama e-dagang dengan platform lain pada masa akan datang.