Siri Xiaomi 14T bakal menjadi peranti Xiaomi terawal yang akan dilengkapi dengan fungsi Circle to Search. Pada ketika ini, fungsi tersebut hanya tersedia secara eksklusif pada peranti Samsung dan juga Pixel.
Berdasarkan dari imej promosi siri Xiaomi 14T yang tertiris, memperlihatkan peranti tersebut akan hadir dengan fungsi Circle to Search. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna melakukan carian berdasarkan dari apa yang terpapar pada skrin tanpa perlu bertukar aplikasi.
Fungsi ini lebih mudah berbanding sebelum ini, yang memerlukan tangkap layar dibuat terlebih dahulu sebelum melakukan carian.
Siri Xiaomi 14T akan diperkenalkan pada 26 September ini. Seperti model sebelumnya, ia akan turut ditawarkan dalam 2 pilihan model iaitu Xiaomi 14T dan 14T Pro. Selain itu, siri Xiaomi 14T akan turut menyokong kemampuan kamera yang lebih baik dengan kerjasama Leica.