Bersempena dengan ulang tahun ke-30 PlayStation. Sony telah memperkenalkan PS5 edisi terhad dengan tema warna ikonik PS1.
PS5 edisi terhad ini tampil dengan beberapa elemen dari PS1 seperti warna kelabu dua tona klasik yang diletakkan pada konsol. Menjadikan konsol ini lebih nostalgia, DualSense turut diubah menggunakan tema DualShock dengan kemasan yang sama dan disambungkan dengan kabel USB-C yang diubah suai seperti kabel PS1.
Terdapat juga logo 30th Anniversary diletakkan pada konsol edisi terhad ini yang menggunakan rekaan jenis timbul. Bukan itu sahaja, PlayStation Portal dan DualSense Edge turut ditawarkan dengan tema warna ikonik PS1.
PS5 edisi terhad ini akan mula dijual pada 21 November ini dan ditawarkan dalam jumlah yang terhad iaitu 12,300 unit sahaja. Untuk menjadikan ia lebih eksklusif, setiap konsol akan dicetak dengan nombor khas.
Buat masa ini, Sony belum lagi mendedahkan harga jualan untuk PS5 edisi terhad ini namun pra-tempahan boleh dibuat bermula 26 September ini.