Instagram memperkenalkan Teen Accounts atau Akaun Remaja untuk pengguna 16 tahun dan ke bawah. Pengenalan akaun ini membolehkan ibu bapa atau penjaga memantau kandungan yang diihat dan dengan siapa mereka berhubung.
Teen accounts hadir dengan beberapa perlindungan tambahan seperti fungsi private accounts, messaging restrictions, sensitive content restrictions, limited interactions, time limit reminders dan juga sleep mode enabled. Fungsi ini akan diaktifkan secara automatik dan memerlukan pengesahan ibu bapa atau penjaga untuk menukar tetapan tersebut.
Meta menyatakan, pengenalan teen accounts ini akan ditawarkan secara berperingkat sebelum tersedia kepada semua pengguna bermula Januari 2025. Bukan itu sahaja, Meta turut akan memperkenalkan teen accounts pada semua platform mereka bermula tahun depan.