Close

DJI Osmo Action 5 Pro tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1799

DJI memperkenalkan kamera aksi baharu mereka iaitu DJI Osmo Action 5 Pro. Hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik dan jangka hayat bateri yang lebih panjang berbanding model sebelumnya. Osmo Action 5 Pro akan menjadi pesaing kepada kamera aksi dari GoPro iaitu Hero 13 Black.

Osmo Action 5 Pro hadir dengan rekaan yang sama seperti Osmo Action 4. Namun begitu, ia kini menggunakan skrin OLED bukan lagi LCD seperti model sebelumnya. Selain itu, saiz skrin kini lebih besar dan menyokong kecerahan puncak 1000 nits.

Dimuatakan dengan sensor 40MP 1/1.3″ yang menawarkan julat dinamik 13.5 stop sekaligus menjanjikan prestasi untuk kandungan HDR yang lebih baik. Mampu merakam video pada resolusi 4K 120fps dengan nisbah 4:3 berbanding hanya 16:9 pada model sebelumnya. Selain itu, ia turut menyokong SuperNight Mode dan Subject Centering & Tracking System yang melaraskan komposisi subjek secara automatik. Untuk rakaman gerak perlahan, ia menyokong rakaman dengan resolusi 1080p 960fps.

Ciri mod penstabilan 360°HorizonSteady dan RockSteady 3.0 turut tersedia untuk menawarkan rakaman video yang lebih baik, Dari segi ketahanan, ia menyokong penarafan EN13319 dan boleh dibawa menyelam sedalam 20 meter tanpa sarung pelindung dan sedalam 60 meter dengan sarung pelindung. Selain itu, Osmo Action 5 Pro ini turut hadir dengan sensor khas yang akan memantau tahap tekanan air dan altitude.

Ketahanan bateri kini lebih baik dengan bateri 1950mAh dimuatkan yang menjanjikan jangka hayat bateri 50% lebih panjang berbanding model sebelumnya. Storan terbina turut dipertingkat dengan 47GB dengan keupayaan pemindahan fail dengan kelajuan 80MB/s melalui USB 3.0 dan Wi-Fi 6.

Di Malaysia, Osmo Action 5 Pro dijual pada harga bermula RM1799 untuk standard combo dan RM2289 untuk advanture combo yang didatangkan dengan pelbagai aksesori tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN