MediaTek bakal memperkenalkan cip andalan mereka yang seterusnya pada 9 Oktober ini. Perkara tersebut dikongsi melalui video promosi yang dimuat naik di Weibo.
Namun begitu, video promosi tersebut tidak mendedahkan nama yang akan digunakan pada cip ini. Jika merujuk kepada barisan cip yang pernah diperkenalkan, cip ini mungkin akan menggunakan nama Dimensity 9400. Cip ini berkemungkinan hadir dengan konfigurasi 8 teras iaitu 1 + 3 + 4 dan dipadankan dengan GPU Arm’s Immortalis-G925 MC12.
Cip ini dijangka akan membawakan kemampuan AI Generatif yang lebih baik dan lebih berkuasa. Selain itu, cip ini akan turut menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
OPPO dijangka akan menjadi pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini melalui model siri Find X8. Selain OPPO, vivo akan turut akan menggunakan cip ini pada peranti andalan mereka iaitu siri X200.