Close

Nothing Ear (Open) tiba di Malaysia dengan harga RM659

Nothing secara rasmi memperkenalkan TWS open-ear pertama mereka iaitu Ear (Open). Berbeza dengan penawaran sebelum ini, Ear (Open) hadir dengan rekaan berbeza untuk memberikan pengalaman audio yang lebih baik serta sesuai digunakan pada pelbagai keadaan.

Ear (Open) hadir dengan rekaan ikonik lut sinar pada bekas pengecas dan juga earbuds. Setiap earbuds hanya seberat 8.1 gram dan turut menyokong teknologi Clear Voice Technology 3.0 untuk audio lebih baik ketika membuat panggilan suara. Menggunakan dynamic driver 14.2mm, merupakan dynamic driver terbesar yang pernah digunakan pada barsian TWS Nothing.

TWS ini menyokong codec SBC dan AAC dengan Bluetooth 5.3 yang turut diintergrasikan dengan ChatGPT membolehkan pengguna melakukan akses pantas melalui arahan suara. Dari segi kawalan, ia menyokong pinch control untuk pelbagai kawalan seperti menjawab panggilan, laras audio dan main balik muzik.

Menurut Nothing, Ear (Open) mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan tanpa bekas pengecas. Jika dengan bekas pengecas ia mampu bertahan sehingga 30 jam. Lebih menarik, dengan hanya mengecas 10 minit ia mampu bertahan sehingga 2 jam penggunaan. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP54, sokongan aplikasi Nothing X, Google fast pair, find my earbuds dan juga bass enhance.

Di Malaysia, Nothing Ear (Open) dijual pada harga RM659 dan ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Putih. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 1 hingga 13 Oktober.

ARTIKEL BERKAITAN