YouTuber terkenal iaitu MKBHD telah memperkenalkan aplikasi untuk wallpaper dengan nama Panels. Buat yang tidak mengetahui, MKBHD merupakan seorang pengulas yang memfokuskan kepada teknologi dan juga gajet.

Aplikasi ini tersedia untuk peranti Android dan iOS dan ditawarkan dengan harga langganan RM60.99 sebulan atau RM254.99 setahun melalui Panels+. Melalui langganan ini, pengguna boleh mengakses dan muat turun koleksi penuh wallpaper tanpa sebarang iklan.

Pengguna turut mempunyai pilihan sekiranya hanya ingin membeli koleksi wallpaper yang diminati dengan harga RM39.90 untuk setiap koleksi. Terdapat juga wallpaper yang ditawarkan secara percuma namun pengguna perlu menonton iklan terlebih dahulu sebelum boleh dimuat turun dengan resolusi 1080P.
Part of building in public is getting mass feedback immediately, which is pretty dope. Almost exactly like publishing a YouTube video
— Marques Brownlee (@MKBHD) September 24, 2024
First thing we're doing is fixing the excessive data disclosures, as people rightfully brought up. For transparency, we'd never actually ask for…
Namun begitu, aplikasi ini menerima pelbagai kritikan dari pengguna antaranya harga langganan yang terlalu mahal, kebimbangan mengenai privasi dan sebagainya. Berikutan itu, MKBHD melalui platform X menyatakan aplikasi tersebut akan ditambah baik dengan beberapa perubahan akan dibuat yang merangkumi isu privasi.
Bagi yang berminat, aplikasi Panels boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan juga Apple App Store.