Close

Infinix ZERO Flip akan tiba ke Malaysia pada Oktober ini

Infinix bakal memperkenalkan fon lipat pertama mereka iaitu ZERO Flip ke pasaran tempatan pada Oktober ini.

ZERO Flip merupakan fon lipat jenis clamshell dengan skrin luar bersaiz 3.64-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Peranti ini akan turut menyokong kemampuan rakaman vlog pada resolusi sehingga 4K seperti mana ditawarkan pada siri Infinix ZERO 40 5G.

Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan teknologi engsel Zero-Gap yang menjanjikan kesan lipatan yang lebih minimal dan membolehkan peranti dilipat dengan lebih kemas. Dari segi spesifikasi, ZERO Flip akan dikuasakan dengan cip Dimensity 8020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Buat masa ini, tiada maklumat penuh yang dikongsi oleh Infinix Malaysia mengenai ZERO Flip. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini hanya akan dikongsi pada hari pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN