Close

Samsung dan TSMC rancang buka kilang cip di UAE

Dua syarikat teknologi iaitu Samsung dan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) merancang untuk mengembangkan kilang pengeluaran cip ke negara lain seperti United Arab Emirates (UAE).

Menurut laporan, Samsung dan TSMC sedang berbincang dengan kerajaan UAE dalam usaha untuk membuka kilang pengeluaran cip semikonduktor di negara tersebut. Perbincangan tersebut masih lagi diperingkat awal dan keputusannya bergantung kepada pelbagai perkara seperti halangan teknikal dan politik.

Sebelum ini, Eksekutif Tertinggi Samsung dan TSMC telahpun melawat negara tersebut dan mempertimbangkan untuk melabur dan membina kilang dengan pelbagai kemudahan yang maju dan berteknologi tinggi.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum perancangan tersebut dibuat. Antara kekangan yang perlu diatasi adalah seperti bekalan air yang konsisten, bekalan elektrik yang baik dan juga tenaga kerja pakar.

Projek ini dijangka akan menelan belanja sekitar $100 billion dengan sebahagian besar akan dibiayai oleh UAE jika merujuk kepada terma awal perbincangan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN