Seiring dengan pelancaran siri Xiaomi 14T ke pasaran tempatan. Xiaomi turut mengumumkan ketibaan fon lipat baru mereka iaitu MIX Flip. Merupakan fon lipat pertama dari Xiaomi yang ditawarkan ke pasaran tempatan.
MIX Flip hadir dengan skrin luar yang besar iaitu 4-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Untuk skrin utama, ia menggunakan skrin bersaiz 6.86-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3000 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4780mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto dan swafoto 16MP. Keupayaan kamera ini turut dimuatkan dengan teknologi kamera Leica.
Untuk pasaran Malaysia, MIX Flip akan dijual pada harga RM4999 dan ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja iaitu 12GB + 512GB. Ditawarkan dengan 3 pilihan warna Purple, White dan Black.