Close

vivo umumkan Funtouch OS 15 – Tersedia bermula pertengahan Oktober ini

vivo secara rasmi mengumumkan kemas kini sistem operasi baharu mereka iaitu Funtouch OS 15 yang dibina berasaskan Android 15. Sistem operasi baru ini hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi prestasi, animasi dan fungsi yang lebih menarik.

Funtouch OS 15 kini menggunakan model alogritma baru iaitu Priority Scheduling yang dibangunkan oleh vivo. Melaluinya, ia menawarkan pemprosesan data yang lebih pantas dan lebih baik sebanyak 15%. Turut menyokong Memory Enhancement Technology yang meningkatkan prestasi sistem operasi sebanyak 40% melalui zRAM dan mengurangkan penggunaan memori GPU untuk aplikasi latar belakang.

Selain itu, sistem operasi ini turut dimuatkan dengan Origin Animation yang menawarkan interaksi yang lebih responsif untuk animasi. Manakala, Lightning-Speed Engine pula meningkatkan kelajuan tindak balas aplikasi sebanyak 20%.

Keupaayan fotografi turut dipertingkat melalui AI Image Lab yang meningkatkan kualiti foto secara automatik. Aqua Dynamic Effect pula menawarkan sentuhan visual yang lebih lancar dan responsif. Mod permainan turut ditambah baik dengan Ultra Game Mode dan Game Small Windows yang direka khusus untuk meningkatkan pengalaman bermain serta membolehkan aplikasi media sosial diakses dengan lebih pantas tanpa menggangu permainan.

Fungsi Link to Windows turut dibawakan yang membolehkan ia menyokong sambungan dengan peranti berbeza seperti fon dan PC. Sekaligus, membolehkan perkongsian fail seperti video dan gambar dapat dibuat dengan lebih efisien.

Funtouch OS 15 akan tersedia kepada pengguna bermula pertengahan Oktober ini dengan peranti terawal akan menerima adalah vivo X Fold3 Pro, siri X100 dan iQOO 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN