Xiaomi Malaysia sedia menawarkan 14T Pro ke pasaran tempatan. Seperti yang kita tahu, peranti ini menawarkan spesifikasi yang berkuasa dengan pelbagai fungsi baru. Bukan itu sahaja, Xiaomi 14T Pro turut memfokuskan kepada kemampuan kamera yang lebih baik melalui kerjasama Leica.
Kamera serba boleh
Kemampuan kamera mungkin perkara yang paling menarik pada Xiaomi 14T Pro. Hadir dengan kamera yang versatile sesuai untuk pelbagai jenis gambar dan juga keadaan. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 12MP Ultra Lebar.
Bercakap mengenainya, Xiaomi 14T Pro hadir dengan 5 focal length yang berbeza iaitu 15mm, 23mm, 46mm, 60mm dan 120mm. Setiap focal length ini menawarkan kualiti imej yang baik dan terperinci. Dengan menyokong pelbagai pilihan focal length, ia membolehkan setiap gambar yang diambil memberikan hasil yang baik lebih-lebih lagi untuk gambar bangunan ataupun subjek.
Selain itu, ia memberikan pengguna kebebasan dalam membuat pilihan focal length yang sesuai untuk digunakan. Apa yang boleh dikatakan, tidak banyak peranti yang menawarkan kemampuan kamera serba boleh seperti mana Xiomi 14T Pro.
Leica Color yang istimewa
Dalam usaha untuk menjadikan kamera Xiaomi 14T Pro ini lebih istimewa. Xiaomi membawakan Leica Signature Color pada peranti ini. Melaluinya, ia hadir dengan 2 pilihan tona warna iaitu Leica Vibrant dan Leica Authentic. Yang mana, kedua-dua signature color ini mempunyai karakter yang berbeza.
Untuk Leica Vibrant, ia menjadikan imej yang diambil mempunyai dynamic range yang tinggi dan higlight yang lebih menonjol. Manakala Leica Authentic, ia menjadikan hasil gambar nampak lebih sinematik dengan warna yang moody dan mempunyai kesan vignette.
Leica Signature Color ini menjadikan kemampuan kamera peranti ini menjadi lebih istimewa dan lebih menarik. Selain itu, ia membolehkan pengguna menghasilkan imej dengan tona warna yang berbeza sekaligus menjadikan hasil imej mempunyai keunikan yang tersendiri.
Leica Summilux optical lens generasi baru
Untuk mendapatkan hasil gambar malam yang lebih baik dan lebih cantik pada peranti ini. Xiaomi menggunakan Leica Summilux optical lens generasi baru. Menurut Xiaomi, optical lens baru ini dapat menangkap lebih banyak cahaya sekaligus membantu untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih terperinci dan tajam pada keadaan kurang cahaya.
Bukan itu sahaja, ia turut menjadikan kualiti gambar menjadi lebih mengagumkan dengan perincian dan warna yang dihasilkan setanding dengan fotografi profesional. Dipadankan pula dengan Leica Authentic color, ia mampu menghasilkan imej dengan tona warna yang lebih mengujakan.
Selain itu, Leica Summilux optical lens generasi baru ini turut membantu dalam mendapatkan action shot yang lebih baik sekaligus menjadikan subjek bergerak dapat difokus dengan lebih baik dan kurang kesan kabur.
Potrait photography yang luar biasa
Tidak hanya menawarkan kualiti gambar malam yang menakjubkan. Kamera peranti turut mampu memberikan hasil imej potret yang luar biasa. Dengan Leica Summilux optical lens generasi ia membantu untuk mendapatkan kesan bokeh yang lebih sempurna dan lebih semula jadi.
Untuk menjadikan imej potret lebih menarik, terdapat pilihan Master Portrait dan Leica Portrait. Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri sekaligus memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk kamera potret.
Sensor baru Light Fusion 900
Selain dilengkapi dengan Leica Summilux optical lens generasi baru, Xiaomi 14T Pro turut hadir dengan sensor kamera baru iaitu Light Fusion 900. Sensor ini telah diubah suai untuk digunakan pada peranti Xiaomi.
Sensor baru ini membantu untuk mengurangkan kesan kabur, lens flare atau kabus sekaligus membolehkan ia mendapatkan hasil imej yang lebih terperinci dan lebih tajam biarpun pada keadaan kurang cahaya.
Dalam masa yang sama, sensor ini turut meningkatkan kualiti imej yang diambil dengan hasil yang diberiekan lebih dinamik dan menambah baik perincian. Tidak ketinggalan, peranti ini turut dimuatkan dengan masters lens system dengan empat pilihan profesional style potrait iaitu documentary (35mm), swirly bokeh lens (50mm), potrait lens (75mm) dan soft focus lens (90mm).
Di Malaysia, Xiaomi 14T Pro dijual pada harga bermula RM2599 (12GB + 256GB), RM2999 (12GB + 512GB) dan RM3499 (12GB + 1TB). Manakala untuk Xiaomi 14T ia dijual pada harga RM1899 (8GB + 256G) dan RM2199 (12GB + 512GB) Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Xiaomi Malaysia.