Infinix Malaysia secara rasmi memperkenalkan fon lipat ZERO Flip ke pasaran Malaysia. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan dijual pada harga lebih mampu milik.
ZERO Flip hanya setebal 7.6mm apabila dibuka dengan berat sekitar 195gram sahaja. Hadir dengan skrin luar bersaiz 3.64-inci AMOLED yang menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 2. Untuk skrin utama, ia menggunakan skrin bersaiz 6.9-inci LTPO AMOLED yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1400 nits.
Dikuasakan dengan cip Dimensity 8020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4720mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 70W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto dan swafoto 50MP. Selain itu, ia turut menyokong mod GoPro yang membolehkan pengguna mengubah tetapan secara langsung melalui fon.
Peranti ini menjalankan sistem operasi XOS 14.5 yang berasaskan Android 14. Infinix menjanjikan kemas kini 2 tahun untuk Android dan 3 tahun untuk keselamatan.
Di Malaysia, Infinix ZERO Flip dijual pada harga RM2999 untuk 8GB + 512GB dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna Rock Black dan Blossom Glow. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Infinix Malaysia.