Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy Z Fold6 edisi khas tidak lama lagi.
Menurut laporan, fon lipat edisi khas ini akan hadir dengan teknologi skrin baru sekaligus dapat mengurangkan kesan lipatan. Samsung dikatakan beralih kepada teknologi Ultra Foldable Glass (UFG) berbeza dengan teknologi yang digunakan pada model sebelum ini.
Dari segi rekaan, tiada sebarang perubahan bermaksud ia hadir dengan rekaan yang sama seperti Galaxy Z Fold6 biasa. Selain itu, peranti ini akan mempunyai ketebalan sekitar 4.9mm apabila dibuka dan 10.6mm apabila dilipat. Untuk spesifikasi, tiada maklumat yang didedahkan buat masa ini.
Galaxy Z Fold6 edisi khas ini dijangka akan diperkenalkan pada 25 Oktober. Namun begitu, peranti ini dijangka akan tersedia di dua pasaran sahaja iaitu Korea Selatan dan China.