Seperti yang kita tahu, Xiaomi akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite pada peranti andalan mereka iaitu siri Xiaomi 15.
Dalam perkembangan terbaru, Xiaomi telah berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka iaitu pada 29 Oktober ini di China. Seiring dengan perkongsian tersebut, Xiaomi turut berkongsi mengenai rekaan Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro.
Xiaomi 15 dilihat hadir dengan rekaan berkotak dengan skrin jenis rata bersaiz 6.63-inci. Manakala, Xiaomi 15 Pro menggunakan rekaan yang nipis, ringan dengan ketahanan yang lebih baik. Selain itu, ia menggunakan rekaan skrin jenis melengkung.
Xiaomi mendakwa, pengimbas cap jari pada siri Xiaomi 15 adalah 25% lebih pantas dalam keadaan screen on dan 50% lebih pantas dalam keadaan screen off. Siri Xiaomi 15 akan turut ditawarkan dengan sistem operasi baru iaitu HyperOS 2.