Apple dilaporkan telah mengurangkan pengeluaran untuk iPhone 16 untuk suku keempat 2024 dan juga separuh tahun 2025.
Menurut laporan, pengeluaran untuk iPhone 16 biasa iaitu iPhone 16 dan 16 Plus dikatakan telah dikurangkan sekitar 10 juta unit untuk tempoh berkenaan. Pengurangan tersebut dikatakan berpunca kepada permintaan yang tidak memberangsangkan, lebih rendah dari apa yang dijangkakan.
Dengan pengurangan ini, Apple dijangka hanya akan mengeluarkan sekitar 80 juta unit siri iPhone 16 untuk pertengahan tahun pertama 2025. Sebagai perbandingan, pengeluaran untuk siri iPhone 15 adalah sekitar 91 juta unit dalam tempoh yang sama.
Berikutan itu, pengeluaran untuk siri iPhone 16 dijangka akan menurun kepada 45 juta unit pada suku pertama 2025 dan 39 juta unit pada suku kedua 2025. Walau bagaimanapun, Apple belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
Laporan tersebut turut menyatakan, Apple mungkin akan memulakan pengeluaran iPhone SE 4 sekitar Disember ini dengan menyasarkan pengeluaran sekitar 8.6 juta unit pada suku pertama 2025.