Menteri Kerja Raya iaitu Alexander Nanta Linggi mengumumkan tol percuma selama 2 hari bermula 29 dan 30 Oktober bersempena dengan sambutan Deepavali.
Pemberian tol percuma ini akan bermula jam 12.01 tengah malam ini sehingga Rabu jam 11.59 malam. Tol percuma ini diberikan kepada pengguna kenderaan kelas persendirian di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor.
Pemberian tol percuma dianggarkan menelan kos sekitar RM38 juta dengan bayaran pampasan akan diberi kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.
Perlaksaan ini dibuat selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya.