HONOR Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti baru mereka iaitu HONOR X9c 5G pada 5 November ini.
HONOR X9c 5G dilaporkan hadir dengan keupayaan yang lebih lasak dan lebih kukuh berbanding generasi sebelumnya. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan peningkatan spesifikasi yang lebih baik dan lebih berkuasa.
Seiring dengan ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan, HONOR telah membuka pra-tempahan awal dengan deposit hanya RM9 sahaja. Pra-tempahan ini bermula pada 28 Oktober hingga 4 November. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM1486 yang merangkumi Honor Choice Haylou, jaminan gantian depan dan belakang selama setahun, polisi gantian one-to-one selama 180 hari dan jaminan bateri selama 36 bulan.
Bukan itu sahaja, pelanggan terawal berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan 10 pembeli bertuah akan menerima pulangan tunai RM1500. Manakala, 300 pemenang lain berpeluang membawa pulang HONOR Choice Robot Cleaner R2 yang bernilai RM1299.
Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui laman rasmi HONOR Malaysia dan juga pengedar rasmi HONOR seperti SenQ, Urban Republic, Shopee dan Lazada.