Close

MyDigital ID bakal diintergrasikan dengan semua perkhidmatan kerajaan

Kerajaan merancang untuk mengintergrasikan MyDigital ID dengan semua platform perkhidmatan kerajaan melalui fungsi log masuk tunggal. Bermaksud, MyDigital ID boleh digunakan untuk mengakses semua perkhidmatan kerajaan.

Menteri Digital iaitu Gobind Singh Deo menyatakan, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyelaraskan pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Perlaksanaan ini dijangka akan bermula pada suku pertama 2025.

Fungsi log masuk tunggal membolehkan pengguna melakukan log masuk dengan satu akaun sahaja untuk semua perkhidmatan kerajaan. Pembangunan MyDigital ID merupakan proses yang berterusan seiring dengan perkembangan teknologi sekaligus membolehkan pelbagai fungsi baru diperkenalkan.

Pada ketika ini, MyDigital ID telahpun diintergrasikan dengan beberapa aplikasi kerajaan seperti MySejahtera, portal MyGov, dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN