Xiaomi secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu siri Xiaomi Pad 7. Hadir dengan 2 pilihan model iaitu Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro.
Xiaomi Pad 7 Pro hadir dengan skrin LCD bersaiz 11-inci dengan resolusi 3200 x 2136. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.
Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 50MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 8850mAh yang menyokong pengecasan 67W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 7, Infrared, 4 pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 15.
Manakala untuk Xiaomi Pad 7, ia dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 11-inci dengan resolusi 3200 x 2136. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 4.0.
Turut menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 8850mAh yang menyokong pengecasan 45W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 7, Infrared, 4 pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 15.
Selain itu, kedua-dua model ini menyokong aksesori papan kekunci dan juga stylus. Untuk harga jualan, di China Xiaomi Pad 7 dijual pada harga bermula sekitar CNY1999 (RM1226) manakala Xiaomi Pad 7 Pro pula dijual pada harga bermula sekitar CNY2499 (RM1533). Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.