POCO Pad kini ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Merupakan tablet pertama dari POCO dan hadir dengan spesifikasi yang menarik.
POCO Pad tampil dengan rekaan ringan dan nipis dengan berat sekitar 571 gram dan tebal sekitar 7.52 mm. Hadir dengan skrin bersaiz LCD bersaiz 12.1-inci dengan resolusi 2.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak sehingga 600 nits dan Dolby Vision. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDRR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.
Menggunakan kamera tunggal depan dan belakang dengan sensor sebesar 8MP yang menyokong rakaman dengan resolusi 1080p. Dimuatkan dengan bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 pembesar suara jenis stereo, WiFi 6, Gorilla Glass 3, bicu audio 3.5mm dan menjalankan sistem operasi HyperOS. Tablet ini turut menyokong aksesori lain seperti POCO Smart Pen dan POCO Keyboard.
Di Malaysia, POCO Pad dijual pada harga RM1399 untuk 8GB + 256GB. Tablet ini boleh didapatkan pada harga yang lebih murah RM1299 untuk masa terhad. Bagi yang berminat, tablet ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada bermula 10 November ini.