Perkhidmatan e-Hailing Bolt kini tersedia untuk pengguna di Malaysia. Buat yang tidak mengetahui, Bolt adalah perkhidmatan e-Hailling dari Estonia dan popular di Eropah.
Pada ketika ini, Bolt ditawarkan dengan 4 pilihan kereta iaitu Bolt, Comfort, XL dan juga Premium. Yang mana, 4 pilihan kereta ini ditawarkan pada harga yang berbeza mengikut kepada jenis kereta dan juga jumlah penumpang
Walau bagaimanapun, Bolt hanya terhad di beberapa lokasi di Lembah Klang sahaja buat masa ini. Namun begitu, lebih banyak lokasi akan tersedia dengan perkhidmatan ini pada masa akan datang.
Seiring dengan ketibaannya di Malaysia, Bolt menawarkan diskaun 50% untuk 7 perjalanan pertama dengan maksimum RM15 bagi setiap perjalanan. Untuk pembayaran, ia menyokong pembayaran secara tunai atau melalui kad debit dan kad kredit.
Bolt dijangka akan menjadi pencabar kepada perkhidmatan e-Hailing lain di Malaysia seperti Grab dan sebagainya. Selain itu, pengguna kini mempunya lebih banyak pilihan untuk menggunakan perkhidmatan e-Hailing di Malaysia.