Close

BYD Sealion 7 dah boleh dipra-tempah di Malaysia

EV baru dari BYD iaitu Sealion 7 kini boleh dipra-tempah sekaligus mengesahkan ketibaannya ke pasaran tempatan.

BYD Sealion 7 merupakan sebuah SUV berprestasi tinggi dengan kelajuan maksimum 215 km/j. Dimuatkan dengan bateri 91.3 kWh yang menyokong pengecasan pantas DC 230 kW yang mampu mengecas 30% ke 80% hanya dalam masa 25 minit sahaja. Jarak gerak yang ditawarkan oleh EV ini adalah sekitar 550 km (WLTP).

Buat masa ini, BYD belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai model yang akan ditawarkan dan juga ketersediaannya. Di China, BYD Sealion 7 dijual pada harga bermula sekitar CNY189,800 (RM 116,811).

Bagi yang berminat, deposit sebanyak RM1000 diperlukan untuk pra-tempah. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi BYD.

ARTIKEL BERKAITAN