Bermula 2025, pas My50 tidak lagi perlu menggunakan MyKad. Buat yang tidak mengetahui, pas My50 adalah pas pengangkutan awam untuk semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL yang ditawarkan selama 30 hari tanpa had.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kerajaan akan memperkenalkan kaedah pembayaran baru untuk pas My50 dan tidak lagi perlu menggunakan MyKad. Antara kaedah pembayaran lain yang akan ditawarkan adalah melalui kad Touch ‘n Go atau pengimbas kod QR melalui telefon pintar.
Perubahan ini dibuat selepas terdapat isu seperti kebimbangan kehilangan MyKad berikutan digunakan sebagai pas My50. Selain itu, perubahan ini adalah untuk mendigitalkan sistem pengangkutan awam.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang tarikh yang dikongsi mengenai perlaksanaan tersebut. Untuk rekod, secara purata lebih dari 220,000 pengguna melanggan pas My50 pada setiap sebulan.