Close

LG memperlihatkan teknologi skrin yang boleh diregang

Teknologi skrin kini dilihat semakin berkembang selepas LG Display memperlihat teknologi skrin yang boleh diregang.

Melalui teknologi ini, ia membolehkan skrin diregang sehingga 50% daripada panjang asal. Dalam percubaan yang dibuat, skrin ini boleh ditarik daripada 12-inci kepada 18-inci tanpa sebarang masalah atau kerosakan. Bukan itu sahaja, skrin ini turut boleh dilipat atau dipintal.

Skrin ini dihasilkan dengan menggunakan silicon substrate khas dengan kepadatan piksel 100 ppi. Skrin ini hanya setebal 40μm dan boleh diregang sehingga 10,000 kali tanpa memberi kesan kepada kualiti imej dan juga kecerahan.

Untuk rekod, ini merupakan generasi kedua skrin boleh diregang yang dihasilkan oleh LG Display. Generasi pertama dihasilkan pada 2022 dan hanya mampu meregang sekitar 20% sahaja.

Teknologi skrin ini dijangka akan digunakan pada pelbagai produk yang memerlukan skrin jenis fleksible yang membolehkan ia disesuaikan dalam pelbagai bentuk dan keadaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN