Close

Sarawak bakal wujudkan Pusat Kecerdasan Buatan pada 2025

Sarawak bakal menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan menjelang tahun 2025. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pusat Kecerdasan Buatan ini akan memfokuskan kepada pembangunan teknologi AI dalam pelbagai sektor seperti pertanian, pendidikan, kesihatan dan juga pembuatan. Selain itu, ia akan menjadi pusat rujukan utama bagi latihan serta penyelidikan dalam sektor berkenaan.

Penubuhan pusat ini merupakan langkah strategik untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai peneraju dalam invovasi berasaskan teknologi. Pusat ini akan turut bekerjasama dengan universiti tempatan dan agensi penyelidikan.

Perkembangan ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi tenaga kerja mahir tempatan dalam bidang teknologi dan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN