Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada 16 dan 17 November ini

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada 16 November bermula 12.00 tengah malam hingga 7 pagi dan 17 November bermula 12.00 tengah malam hingga 7 pagi.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem untuk memastikan platform sentiasa dikemas kini sekaligus dapat menawarkan transaksi perbankan yang lebih selamat untuk pengguna.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u, aplikasi mudah alih Maybank2u serta perkhidmatan ATM dan Terminal layan diri. Dalam masa yang sama, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN