Close

BYD Sealion 7 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM184K

Pengedar rasmi BYD Malaysia iaitu Sime Darby Motors (SDM) secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik baru (EV) untuk pasaran tempatan iaitu BYD Sealion 7. Merupakan SUV pertama BYD yang ditawarkan di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

BYD Sealion 7 adalah sebuah SUV berprestasi tinggi dan ditawarkan dengan 2 pilihan varian iaitu Premium dan Perfomance.

Untuk BYD Sealion 7 Premium, ia menggunakan motor tunggal (RWD) yang mampu menghasilkan kuasa 230 kW dan tork 380 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 6.7 saat sahaja. Dimuatkan dengan bateri 82.5 kWh yang mampu bergerak sejauh 567 km (NEDC). Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC 150 kW.

Manakala untuk BYD Sealion 7 Perfomance pula, ia hadir dengan dwi-motor (AWD) yang menghasilkan kuasa 390 kW dan tork 690 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 4.5 saat sahaja. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 82.5 kWh yang mampu bergerak sejauh 542 km (NEDC). Untuk pengecasan, ia turut menyokong pengecasan pantas DC yang sama iaitu 150 kW.

Untuk harga jualan, BYD Sealion 7 Premium dijual pada harga RM183,800 dan untuk BYD Sealion 7 Perfomance pula adalah RM199,800. Dari segi jaminan, ia didatangkan dengan jaminan selama 6 tahun atau 150,000 km, jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km dan juga jaminan motor elektrik selama 8 tahun atau 150,000 km.

ARTIKEL BERKAITAN