vivo Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk siri X200 yang dijadualkan pada 19 November ini.

Namun begitu, tiada maklumat terperinci yang dikongsi oleh vivo mengenai peranti tersebut. Di China, siri vivo X200 ditawarkan dalam 3 pilihan model iaitu X200, X200 Pro Mini dan X200 Pro. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400, kamera Zeiss 200MP dan bateri 6000mAh.
Tidak dapat dipastikan adakah siri X200 untuk pasaran Malaysia akan ditawarkan dengan spesifikasi yang sama seperti pasaran China atau sebaliknya. Selain itu, siri X200 mungkin tersedia dalam 2 pilihan model sahaja untuk pasaran tempatan iaitu X200 dan X200 Pro.
Seperti biasa, maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.