Close

Siri HUAWEI Mate 70 akan diperkenalkan pada 26 November ini

Peranti andalan HUAWEI yang seterusnya iaitu siri Mate 70 akan diperkenalkan pada 26 November ini. Maklumat tersebut dikongsi oleh Richard Yu, CEO CBG Division di HUAWEI.

Malangnya, tiada maklumat lanjut yang dikongsi mengenai siri HUAWEI Mate 70. Kita mungkin boleh menjangkakan yang HUAWEI akan memperkenalkan 4 pilihan model iaitu Mate 70, Mate 70 Pro, Mate 70 Pro+ dan Mate 70 RS Ultimate.

Dari segi spesifikasi, siri Mate 70 dijangka akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Kirin iaitu 9100. Cip ini berkemungkinan akan turut menyokong rangkaian 5G. Selain itu, siri Mate 70 akan menjadi peranti HUAWEI pertama yang akan menjalankan sistem operasi HarmonyOS Next.

Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN