realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka seterusnya iaitu GT 7 Pro. Menariknya, ia merupakan peranti pertama yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite di Malaysia.
realme GT 7 Pro hadir dengan skrin jenis Quad-curved LTPO OLED Plus bersaiz 6.78-inci.Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6500 nits. Dikuasaan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dan swafoto 16MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan teknologi HYPERIMAGE+ yang menjanjikan hasil imej yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri silikon-karbon 6500mAh yang menyokong pengecasan 120W.
Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti WiFi 7, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4, penarafan IP68+IP69 dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15. Selain itu, peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh Next AI seperti AI Summary, AI Writer, AI Speak, AI Studio dan lain-lain.
Di Malaysia, realme GT 7 Pro dijual pada harga RM3699 dan ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja iaitu 12GB + 512GB. Hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Mars Orange dan Galaxy Grey. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula 19 November dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM698.