Close

Cara aktifkan ChatGPT pada iOS 18.2

ChatGPT akhirnya tersedia untuk pengguna iPhone melalui kemas kini iOS 18.2. Melaluinya, pengguna boleh mengakses fungsi tersebut pada bila-bila masa dan membantu meningkatkan lagi produktiviti.

Cara aktifkan ChatGPT pada iOS 18.2 :

  • 1- Muat turun dan pasang iOS 18.2.
  • 2- Pergi ke Settings dan pilih Apple Intelligence & Siri.
  • 3- Pada Apple Intelligence & Siri, pilih ChatGPT.
  • 4- Seterusnya, tekan turn on pada ‘Use ChatGPT’.
  • 5-  Selepas selesai, ChatGPT tersedia untuk digunakan.

Menarik mengenai intergrasi ChatGPT ini, ia membolehkan penguna menaik taraf kepada ChatGPT Plus secara terus. Bukan itu sahaja, ChatGPT akan turut dintergrasikan dengan Siri dan juga Visual Intelligence. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan ChatGPT atau web sebagai sumber carian.

Selain ChatGPT, kemas kini iOS 18.2 turut menawarkan beberapa fungsi yang dikuasakan oleh Apple Intelligence seperti Image Playground, Genmoji dan juga Visual Intelligence. Genmoji membolehkan pengguna menghasilkan emoji dengan lebih mudah melalui teks. 

Image Playground pula merupakan aplikasi imej khusus yang boleh menghasilkan imej seperti kartun melalui arahan teks. Sementara, Visual Intelligence membolehkan pengguna membuat carian pantas dengan hanya hold butang camera control.

ARTIKEL BERKAITAN