Close

Samsung Galaxy S25 Ultra peranti pertama hadir dengan Gorilla Glass Armor 2

Samsung menjadi pengeluar terawal yang menggunakan teknologi skrin Gorilla Glass Armor 2, digunakan pada Galaxy S25 Ultra. Teknologi skrin ini dihasilkan dengan bahan kaca seramik anti-reflektif pertama dalam Industri untuk peranti mudah alih.

Menurut Corning, Gorilla Glass Armor 2 menawarkan ketahanan yang lebih baik terhadap permukaan kasar seperti konkrit. Dalam ujian yang dilakukan, skrin ini mampu menahan hentakan pada ketinggian 2.2 meter pada permukaan konkrit tanpa sebarang kerosakan.

Bukan itu sahaja, teknologi skrin ini juga mempunyai ketahanan calar 4 kali lebih baik berbanding kaca lithium-aluminosilicate yang digunakan oleh pengeluar lain. Selain itu, lapisan anti-silau yang digunakan turut membantu mengurangkan pantulan dengan ketara sekaligus memberikan pengalaman visual yang lebih jelas dan selesa dalam pelbagai keadaan.

Galaxy S25 Ultra hadir skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.9-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan Super Smooth 120Hz, Vision Booster dan dilindungi Gorilla Glass Armor 2. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite For Galaxy yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S25 Ultra dijual pada harga bermula RM5999 (12GB + 256GB), RM6599 (12GB +512GB) dan RM7799 (12GB + 1TB). Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Titanium Silverblue, Titanium Gray, Titanium Whitesilver dan Titanium Black.

ARTIKEL BERKAITAN