Close

iPhone SE 4 mungkin hadir dengan ‘Dynamic Island’

Apple berkemungkinan akan menggunakan Dynamic Island pada iPhone SE 4 bukannya Notch seperti model sebelumnya.

Menurut laporan, iPhone SE 4 dijangka hadir dengan Dynamic Island seperti mana yang digunakan pada iPhone 14 Pro dan ke atas. Penggunaan Dynamic Island dijangka akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik dan interaktif.

Namun begitu, terdapat perbezaan dengan laporan sebelum ini mendedahkan iPhone SE 4 akan menggunakan Notch. Jadi, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai laporan ini. Sekiranya tepat, ia sesuatu menarik untuk melihat Apple menyeragamkan penggunaan Dynamic Island pada semua model mereka.

iPhone SE 4 dijangka hadir dengan rekaan yang sama seperti iPhone 14. Menggunakan skrin OLED bersaiz 6.1-inci, port pengecasan USB-C, kamera 48MP dan menyokong Apple Intelligence. Dikuasakan dengan cip A18 dengan 8GB RAM.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN