realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model realme 14x. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.

realme 14x hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 50MP dan swafoto 8MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP64, NFC dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, realme 14x dijual pada harga RM899 (8GB + 128GB) dan RM1099 (8GB + 256GB). Bagi yang berminat peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia. Peranti ini turut boleh didapatkan di Maxis, CelcomDigi dan U Mobile.