Kerajaan sedia untuk memberikan diskaun tol sebanyak 50% bermula 27 hingga 28 Januari 2025 sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Diskaun tersebut tersedia kepada semua kenderaan persendirian Kelas Satu di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan, pemberian diskaun ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah dimulakan sejak 2023.
Pemberian diskaun ini dianggarkan menelan kos sekitar RM20.08 juta dengan bayaran pampasan akan diberi kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.