Xiaomi telah memanggil semula 30,931 unit SU7 di China. Arahan tersebut dikeluarkan selepas syarikat tersebut mengesan masalah pada perisian yang menjejaskan fungsi sistem parkir autonomi pada kenderaan tersebut.

Menurut laporan, masalah tersebut telah menyebabkan fungsi sistem parkir autonomi gagal mengesan halangan statik sekaligus mengakibatkan pelanggaran. Masalah tersebut telah dilaporkan lebih dari 70 pemilik SU7 pada 14 November 2024.
Xiaomi menyatakan masalah tersebut disebabkan oleh isu penyelarasan masa yang mengganggu sistem parkir autonomi. Model yang terjejas dengan masalah tersebut adalah model yang dihasilkan pada 6 Feb 2024 hingga 26 Nov 2024 dengan nombor model BJ7000MBEVR2, XMA7000MBEVR2 dan XMA7000MBEVR5.
Xiaomi telahpun mengenal pasti masalah tersebut dan akan memberi kemas kini perisian secara over-the-air (OTA) untuk menyelesaikannya. Selain itu, Xiaomi turut menambahbaik sistem bantuan parkir pintar untuk menghapuskan risiko masalah tersebut daripada berulang.