Selepas diperkenalkan untuk pengguna Android pada Oktober 2023, WhatsApp dijangka akan turut membawakan fungsi multi-akaun pada pengguna iOS.

Menurut laporan, fungsi tersebut kini dalam peringkat ujian namun ia belum tersedia untuk pengguna Beta. Kita mungkin boleh menjangkakan fungsi tersebut akan tiba dalam masa terdekat pada pengguna Beta. Seterusnya, versi stabil pula dijangka akan tiba dalam beberapa bulan akan datang.
Fungsi multi-akuan membolehkan pengguna menggunakan dua akaun WhatsApp dalam satu telefon sahaja. Melalui fungsi ini, ia memudahkan pengguna dari segi pengurusan akaun antara urusan peribadi dan urusan kerja. Selain itu, pengguna tidak lagi perlu menggunakan dua telefon yang berbeza untuk mengakses akaun WhatsApp.