Sony mengumumkan yang syarikat mereka bakal menamat atau menghentikan pengeluaran media rakaman fizikal sepenuhnya pada Februari 2025.
Dengan pengumuman tersebut, maka berakhirlah era bagi semua jenis media rakaman fizikal seperti Blu-ray Disc, MiniDisc, kaset MiniDV dan sebagainya. Sony mengambil keputusan tersebut selepas permintaan produk tersebut merosot dan menurun.
Selain itu, perkembangan teknologi digital seperti perkhidmatan penstriman dan penyimpanan awan dikatakan sebagai sebab utama langkah tersebut diambil. Walau bagaimanapun, produk tersebut masih boleh didapati namun tiada produk ganti akan diperkenalkan.

Sony turut menyatakan, hanya pengeluaran cakera untuk permainan konsol, filem dan lain-lain sahaja akan diteruskan sementara pengeluaran cakera kosong untuk pengguna biasa akan dihentikan.
Seiring dengan pengumuman itu, Sony turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan yang berterusan sehingga ke hari ini.