Close

Nothing mungkin perkenal peranti baru pada 4 Mac ini

Nothing bakal memperkenalkan peranti baru pada Mac ini selepas berkongsi maklumat tersebut melalui Platform X.

Melalui perkongsian tersebut, Nothing mendedahkan peranti tersebut akan diperkenalkan pada 4 Mac ini. Malangnya, tiada maklumat yang dikongsi mengenai peranti yang akan diperkenalkan namun kita mungkin boleh menjangkakan ia adalah Phone (3).

Nothing turut berkongsi video promosi berdurasi 7 saat, memperlihatkan peranti tersebut hadir dengan rekaan 3 modul kamera belakang yang disusun secara menegak. Selain itu, terdapat juga sistem lampu ikonik Nothing iaitu LED Glyph pada bahagian tersebut.

Nothing Phone (3) dijangka akan menjadi peranti andalan pertama dari Nothing yang menawarkan spesifikasi dan juga kemampuan setanding peranti andalan lain. Peranti ini akan turut dimuatkan dengan pelbagai inovasi baru yang merangkumi kecerdasan buatan (AI) dan antara muka yang lebih menarik.

ARTIKEL BERKAITAN