Close

iOS 18.3 kini tersedia untuk pengguna iPhone di Malaysia

Kemas kini iOS 18.3 kini tersedia untuk semua pengguna iPhone yang menjalankan atau menyokong iOS 18. Hadir dengan penambahan beberapa fungsi baru, penambahbaikkan sistem operasi dan juga penyelesaian pepijat.

Melalui kemas kini iOS 18.3, fungsi Apple Intelligence kini ditetapkan secara default bermaksud pengguna tidak lagi perlu melakukan secara manual untuk mengaktifkannya. Selain itu, terdapat juga fungsi ringkasan notifikasi yang memaparkan ringkasan yang dihasilkan oleh Apple Intelligence.

Fungsi Visual Intelligence turut ditambahbaik, kini mampu mengesan atau mengenal pasti tumbuhan dan juga haiwan. Pengguna juga boleh menambah acara ke aplikasi kalendar secara terus melalui poster atau risalah dengan Visual Intelligence.

Kemas kini ini turut menyelesaikan beberapa masalah lain seperti papan kekunci yang hilang apabila menggunakan Siri, isu audio dan juga menyelesaikan isu aplikasi kalkulator.

Bagi pengguna yang ingin mengemaskini ke iOS 18.3, anda disarankan untuk melakukan proses backup terlebih dahulu. Untuk mengemaskini pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.

ARTIKEL BERKAITAN