Xiaomi 15 Ultra berkemungkinan akan tiba pada penghujung Februari 2025. Lebih menarik, peranti tersebut dijangka akan diperkenalkan pada acara Mobile World Congress (MWC) 2025.
Breaking: Your very first look at the Xiaomi 15 Ultra
— Kartikey Singh (@That_Kartikey) January 24, 2025
The only Imaging Flagship with 1'inch + 200MP Periscope combo in 2025 pic.twitter.com/BS8ter5YV5
Dalam perkembangan terbaru, rekaan yang didakwa sebagai Xiaomi 15 Ultra telahpun tertiris. Melalui, memperlihatkan peranti tersebut hadir dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya iaitu Xiaomi 14 Ultra.

Namun begitu, terdapat perubahan pada bahagian modul kamera yang dilihat lebih besar dan mungkin lebih tebal. Susunan sensor turut diubah dan direka semula yang disusun dengan lebih rapat. Konfigurasi kamera yang mungkin digunakan adalah 50MP sensor utama + 200MP Periskop + 50MP Telefoto + 50MP Ultra Lebar.
Bercakap mengenai spesifikasi, Xiaomi 15 Ultra dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite, skrin OLED 120Hz, pengimbas cap jari ultrasonic, bateri 6000mAh, pengecasan 90W dan menjalankan sistem operasi baru iaitu HyperOS 2.