Touch n Go eWallet kini sedia untuk menawarkan fungsi baru pada aplikasi mereka iaitu Device2Cash.

Device2Cash merupakan perkhidmatan untuk pengguna menjual peranti terpakai yang ditawarkan oleh Touch n Go eWallet. Melaluinya, ia akan menilai peranti dengan beberapa kriteria seterusnya memberikan harga anggaran bagi peranti tersebut.
Penawaran ini memudahkan pengguna untuk menjual peranti terpakai atau peranti yang tidak lagi digunakan. Menariknya, pengguna akan menerima bayaran secara terus ke dompet digital selepas proses disahkan.
Selain menjual peranti, pengguna turut boleh menyemak harga jualan untuk peranti terpakai. Bukan sahaja telefon, Device2Cash turut menyokong pelbagai kategori lain seperti jam tangan, tablet, konsol permainan dan juga komputer riba.