Close

vivo V50 dikesan melepasi SIRIM Malaysia

vivo Malaysia dijangka akan memperkenalkan vivo V50 ke pasaran tempatan selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM pada 24 Januari 2025 dengan kod model V2427 (V50) dan didaftarkan di bawah VTALENT BUSINESS SDN BHD. Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai peranti ini memandangkan ia belum lagi diperkenalkan di mana-mana pasaran.

Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti tersebut akan memfokuskan kepada kemampuan fotografi yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih baik.

Pada ketika ini, vivo Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN