Close

Nothing Phone (3a) akan diperkenalkan pada 4 Mac ini

Sebelum ini, Nothing telahpun berkongsi tarikh pelancaran namun tidak mendedahkan peranti yang akan diperkenalkan.

Terbaru, Nothing telah mengesahkan peranti yang akan diperkenalkan adalah Phone (3a). Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah Nothing akan turut memperkenalkan beberapa model lain atau sebaliknya.

Phone (3a) dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dan akan dilengkapi dengan lampu ikonik Nothing iaitu LED Glyph. Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan hadir pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi dan rekaan yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN