Cermin mata pintar dari Apple dijangka akan menjalankan sistem operasi sama yang digunakan pada Vision Pro iaitu visionOS.

Menurut maklumat, Apple dikatakan sedang membangunkan sistem operasi visionOS yang khusus untuk cermin mata pintar mereka. Penggunaan visionOS dikatakan sesuai berikutan peranti tersebut menawarkan kemampuan dan fungsi yang hampir sama seperti Vision Pro.
Namun begitu, cermin mata dari Apple mungkin tiba sekitar 3 atau 4 tahun akan datang. Apple dikatakan berminat untuk menghasilkan cermin mata pintar selepas Vision Pro gagal mendapat sambutan berikutan harga jualan yang mahal dan rekaan yang berat.