Close

Aplikasi Google Maps kini menyokong fungsi Now Bar pada siri Samsung Galaxy S25

Aplikasi navigasi dari Google iaitu Maps kini menyokong fungsi Now Bar yang ditawarkan pada siri Samsung Galaxy S25.

Buat yang tidak mengetahui, Now Bar adalah fungsi baru yang ditawarkan oleh Samsung pada siri Galaxy S25. Secara asasnya, fungsi ini mirip seperti mana fungsi Dynamic Island namun terletak di bahagian dan dipaparkan pada bahagian lock screen.

Now Bar akan memaparkan informasi dan memberikan kemas kini masa nyata pada skrin hadapan ketika dikunci. Untuk aplikasi Maps, ia akan memaparkan maklumat mengenai laluan ke destinasi yang dituju.

Bukan sahaja Maps, Now Bar turut menyokong beberapa lagi aplikasi seperti Samsung Health, Clock. Voice Recorder, Samsung Notes, Emergency Sharing dan lain-lain. Tidak dapat dipastikan adakah Now Bar akan turut tersedia pada peranti Samsung lain atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN