YouTube bakal memperkenalkan 4 fungsi baru pada aplikasi mereka tidak lama lagi. Pada ketika ini, fungsi tersebut masih lagi dalam fasa percubaan atau eksperimen dan tersedia untuk pengguna YouTube Premium sahaja.
Shorts Picture-in-Picture pada peranti iOS

Shorts kini menyokong Picture-in-Picture sekaligus membolehkan kandungan tersebut terus ditonton melalui tetingkap kecil. Sebelum ini, fungsi tersebut hanya tersedia pada kandungan biasa sahaja.
Dengan fungsi ini, pengguna boleh melakukan pelbagai perkara seperti membalas email atau membuka aplikasi lain dalam masa yang sama menonton Shorts. Fungsi ini telah tersedia lebih awal kepada pengguna Android dan kini akan turut tersedia pada pengguna iOS.
Shorts Smart Downloads untuk peranti iOS

Pengguna iOS kini boleh mengaktifkan fungsi Smart Downloads untuk kandungan Shorts. Melalui fungsi ini, ia akan memuat turun video Shorts secara automaik dan kandungan tersebut boleh ditonton secara offline.
Seperti fungsi Shorts Picture-in-Picture, fungsi ini telahpun tersedia lebih awal kepada pengguna Android.
Faster Speeds

Pengguna kelak boleh menonton kandungan dengan kelajuan main balik (playback) yang lebih pantas sehingga 4x pada peranti. Sebelum ini, YouTube hanya menawarkan pilihan main balik pada kelajuan 2x sahaja.
High Quality Audio

YouTube bakal menawarkan akses audio yang lebih berkualiti tinggi iaitu sehingga 256kbps pada video muzik. Melalui fungsi ini, ia akan menawrkan kualiti audio yang lebih baik dan juga lebih tajam.