ASUS Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri ROG Phone 9 ke pasaran tempatan. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan kemampuan kamera yang lebih baik.
Siri ROG Phone 9 ditawarkan dengan 3 pilihan model iaitu ROG Phone 9, ROG Phone 9 Pro dan ROG Phone 9 Pro Edition. Siri ROG Phone 9 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 185Hz dan kecerahan puncak 2500 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM LPDRR5X sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Dari segi fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony Lytia 700 +13MP Ultra Lebar + 32MP Telefoto. Manakala swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kamera ini turut dilengkapi dengan sistem 6-axis Hybrid Gimbal Stabilizer 4.0 yang menjanjikan hasil imej dan video yang lebih stabil. Bukan itu sahaja, butang AirTrigger turut boleh digunakan sebagai butang untuk mengawal aplikasi kamera.
Dimuatkan dengan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan berwayar 65W dan 15W tanpa wayar. Siri ROG Phone 9 turut menyokong sistem penyejukkan yang lebih baik dan lebih besar iaitu 57% berbanding model sebelumnya.
Perbezaan ketara pada model biasa dan model pro adalah sokongan AniMe Vision. Untuk model biasa, hanya mempunyai 85 mini LED sementara model Pro mempunyai 648 mini LED. Sekaligus, membolehkan ia menyokong lebih banyak animasi dan juga grafik. Lebih menarik, untuk model pro ia menyokong AniMe Play yang membolehkan beberapa permainan klasik dimainkan pada AniMe Vision.
Untuk pasaran Malaysia, ROG Phone 9 dijual pada harga RM3999 (12GB + 256GB), ROG Phone 9 Pro RM4999 (16GB + 512GB) dan ROG Phone 9 Pro Edition RM5999 (24GB + 1TB).
ASUS menawarkan beberapa aksesori lain untuk siri ROG Phone 9 seperti Aeroactiove Cooler X Pro (RM399), Antibacterial Glass Screen Protector (RM149), ROG Phone Chill Case (RM199) dan ROG Tessen Mobile Controller (RM568).